Kejayaan album pertama Shades (kumpulan muzik)

Pada hujung tahun 1995 Shades melahirkan album pertama mereka berjudul Shades, dan mula memikat pendengar muzik tempatan dengan lagu popular Jangan Diucap Selamat Tinggal. Single kedua iaitu lagu acapella berjudul Malam mengukuhkan lagi nama Shades dalam peta muzik Malaysia. Hasilnya, album tersebut telah terjual melebihi 50,000 unit. Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan untuk artis-artis baru pada ketika itu.

Susulan kejayaan itu, Shades telah dianugerahkan trofi 'Artis Baru Terbaik Berkumpulan' pada Anugerah Industri Muzik 1996. Mereka juga mendapat pencalonan untuk 'Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik' pada acara yang sama.

Gambar atas: Shades bersama trofi Artis Baru Terbaik Berkumpulan AIM 1996.